Perabot Jati : Produk Dan Servis

Perabot Jati Aim Point Collection (APCJATI) menjual dan mengedar perabot jati asli yang diimport dari Jepara, Indonesia. Kami juga memiliki kilang di sana untuk pelanggan yang inginkan kelainan pada perabot jati.


Perabot Jati Aim Point Collection (APCJATI) menerima tempahan perabot jati mengikut kreativiti (Customade) pelanggan seperti :

  • Pemilihan fabrik termasuk warna dan jenis kain.
  • Pemilihan corak pada perabot jati seperti corak bunga, selendang, anggur dan lain-lain.
  • Mengecat warna perabot jati kepada warna yang lain.
  • Penambahan cermin pada perabot jati.
  • Penambahan  kusyen perabot jati atau perabot jati tanpa kusyen.
  • Kami menerima semua jenis tempahan perabot jati yang pelanggan inginkan.  

 

Perabot Jati Aim Point Collection (APCJATI) juga melakukan pembaik pulih perabot seperti :

  • Penukaran kusyen kepada warna lain atau baru.
  • Membaik pulih kayu yang patah.
  • Mewarna semula perabot.
  • Menampal semula parut atau lubang pada perabot jati.

Kami juga menerima tempahan perabot jati yang banyak untuk pejabat dan kilang-kilang dan boleh menghantarnya dengan segera sekiranya stock masih ada.
Tempahan perabot jati oleh individu untuk set perabot jati atau perabot jati tunggal juga diterima. 
Pelanggan yang membuat tempahan awal akan menerima perabot tersebut 60 hari selepas dari tarikh pembayaran dilakukan.
Caj tambahan akan dikenakan kepada pelanggan yang inginkan tempahan dengan segera.
Penghantaran perabot ke rumah dan juga pejabat di kawasan kuala langat adalah percuma.

Klick Di Sini Untuk Hubungi Kami Dengan Segera.



Tiada ulasan: